
PROGRAM
TO : PELAJAR & WARGA IKIP INTERNATIONAL COLLEGE
FROM : YUZRI IZLI BIN ABD WAHID
SUBJECT : PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG ANJURAN KELAB PENTOLOGI IKIP INTERNATIONAL COLLEGE
REFF : 2012/55
Adalah dimaklumkan Kelab Pentologi IKIP International College bersama penasihat akan Cik Umi Kalsum Bt Saeb akan menganjurkan satu program berbentuk khidmat masyarakat ‘ Masih Ada Yang Sayang’ seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 8 September 2012
Tempat: Rumah Orang Tua, Kg Bangau Tanjung, Temerloh
Program ini merupakan salah satu asas utama dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integrity seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Selain itu objektif program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menyelami hati penghuni Rumah Orang Tua agar memberi keinsafan dalam tuntutan berbakti kepada kedua ibu dan bapa. Semoga dengan program seumpama ini dapat melatih pelajar menanamkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan.
CEMERLANG DAN SEIMBANG
































