Untitled Document
     

  Soalan - Soalan Lazim Mengenai KOLEJ IKIP
   
1
Bilakah Kolej IKIP ini ditubuhkan?
Kolej IKIP telah ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Kerajaan Negei Pahang melalui agensinya iaitu Yayasan Pahang. Kolej ini merupakan antara pusat pengajian swasta yang terulung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Usia penubuhan Kolej IKIP kini telah mencecah 15 tahun.
 
2 Adakah pihak Kolej IKIP menyediakan kemudahan penajaan pinjaman atau biasiswa kepada para pelajar?
Kolej IKIP menyediakan biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada Yayasan Pahang (bagi anak kelahiran Negeri Pahang atau pemastautin tetap selama 10 tahun dan ke atas) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, pihak ibu bapa boleh berurusan dengan Yayasan-yayasan Negeri seperti Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Yayasan Sarawak, Yayasan Sabah, Yayasan Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Bank Rakyat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Namun, kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN turut disediakan.
 
3
Adakah Kolej IKIP ini mendapat pengiktirafan dari mana-mana badan awam mahupun swasta?
 Pengiktirafan yang diterima oleh Kolej IKIP ialah status MSC oleh Kerajaan Malaysia pada 18 Oktober 2004 dan mendapat pengiktirafan Sistem Kualiti ISO 9002 sejak November 1998 dan kini mempraktikan ISO 9001:2000. Sebanyak 81% Kursus-kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi pemindahan kredit ke IPTA dan IPTS di tahap Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD). Selain itu, Kolej IKIP juga mendapat pengiktirafan daripada Authorized Sun Education Centre pada 31 Julai 2005.
 
4 Berapa banyakkah kursus yang ditawarkan oleh Kolej IKIP?
•  Kolej IKIP menawarkan 14 program Diploma dan 4 program Sijil Kemahiran.
•  UTM – IKIP menawarkan 8 program Diploma
•  UiTM – IKIP menawarkan 2 program Pra Diploma dan 4 program Diploma
•  UUM – IKIP 1 program Ijazah Sarjana Muda dan 1 program Ijazah Sarjana
•  Yarmouk Universiti – IKIP 1 program Ijazah Sarjana Muda Syariah
 
5 Bagaimana kemudahan yang disediakan oleh Kolej IKIP?
Buat masa ini Kolej IKIP menyediakan kemudahan hostel yang boleh menampung jumlah pelajar seramai 940 orang pelajar pada satu-satu masa dan dalam proses untuk menambah lagi kapasiti kemudahan penginapan yang boleh memuatkan sebanyak 1800 orang pelajar lagi. Selain itu, Kolej IKIP turut menyediakan Pusat Gimnasium, Makmal komputer, Pusat Sumber yang serba lengkap dengan kemudahan wi-fi dan canggih, bahan rujukan terbaru, bilik perbincangan, kemudahan pencetakan dan komputer berskrin paparan rata bagi penyelidikan secara on-line. Tambahan pula, kita mempunyai 3 buah bas, 2 buah van dan 2 buah kenderaan untuk kegunaan dan keselesaan pelajar dan kemudahan ini akan ditambah lagi mengikut keperluan semasa.
 
6 Berapakah yuran pendaftaran kemasukan bagi pelajar baru?
•  Bagi program Diploma, yuran pendaftaran kemasukan pelajar baru ialah RM 500 dan     yuran asrama RM 650 / sem.
•  Program Diploma UiTM yuran perkhidmatan universiti ialah RM 300 (dibayar secara     tunai semasa hari pendaftaran) dan yuran asrama RM 650. Program Diploma UTM     yuran perkhidmatan universiti ialah RM 370 (dibayar terus ke UTM secara Wang Pos     / Bank Draf atas nama Bendahari UTM pada hari pendaftaran) dan yuran asrama RM     650.
•  Program Ijazah UUM dan Ijazah Yarmouk University (Jordan) pula yuran kemasukan     ialah RM 260 dan mininum yuran asrama RM 150 / penuh RM 650.
•  Namun, bayaran minimum yang boleh diterima pada hari pendaftaran ialah RM 150     dan asrama RM 150 iaitu RM 300 dan boleh dibayar secara ansur-ansur sehingga     selesai apabila tamat semester tersebut.
 
7 Kolej IKIP mempunyai berapa buah kampus?
Kolej IKIP mempunyai 4 kampus di Negeri Pahang iaitu
•  Kampus Utama, Kubang Buaya – Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu
    - Perhotelan
    - (Kitchen Practise - Chef
    - Food & Bebarage – Pelayan Pelanggan
    - Penyedia Bakeri – Penyediaan Roti & Kek
    - Amalan Penginapan – Housekeeping
    - Front Office – Penyambut Tetamu)
    - Teknologi Maklumat (Sistem Komputer)
    - Rekaan Fesyen.

•  Kampus IKIP 3, Taman Gelora – Program Diploma iaitu
    -  Diploma UTM
    -  Diploma IKIP
    -  Ijazah Sarjana UUM
    -  Ijazah Sarjana Muda UUM

•  Kampus IKIP 5, Taman Pertanian – Program Pra dan Diploma
    -  Diploma UiTM
    -  Diploma IKIP (Pengajian Islam
    -  Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Yarmouk, Jordan )

 •  Kampus Bentong – Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu
   
- Automotif (Tahap 1 & 2)
    - Asas Kesetiausahaan (Tahap 1, 2 dan 3) dan tahap 4 ialah Diploma
    - Sistem Komputer (Tahap 2 & 3)
    - Pengaturcaran (Tahap 2 & 3).

 
8 Berapakah kelayakan kredit sekurang-kurangnya bagi seseorang itu untuk mengikuti kursus diploma di Kolej IKIP?
•  Sila rujuk brosur yang disediakan.
 
9 Adakah Kolej IKIP ini menawarkan program peringkat Ijazah Sarjana Muda mahupun Ijazah Sarjana?
Kolej IKIP ada menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia.
 
10 Apakah keistimewaan kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan?
Bagi program Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) dari Universiti Yarmouk ini. Seseorang pelajar itu boleh meneruskan pengajian terus ke peringkat Ijazah berdasarkan keputusan SPM mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan. Program ini menawarkan program 2 + 2 iaitu 2 tahun pengajian di Kolej IKIP, Malaysia dan 2 tahun di Universiti Yarmouk, Jordan.
 
11 Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat lanjut atau terkini mengenai Kolej IKIP?
Orang ramai boleh menghubungi talian 09-5678999 atau boleh melayari laman web Kolej IKIP www.ikipcollege.edu.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
12 Bilakah Kolej IKIP membuka sesi kaunseling maklumat kepada umum?
 Kolej IKIP membuka sesi kaunseling dan maklumat kepada pelajar dan orang ramai pada setiap hari Rabu dan Jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
 
13 Bagaimana untuk memohon mendaftar bagi memasuki ke Kolej IKIP?
Untuk mendaftar bagi memasuki Kolej IKIP, pihak kolej menyediakan dua cara iaitu melalui online www.ikipcollege.edu.my atau datang sendiri ke Kolej IKIP bahagian Jabatan Pemasaran untuk mendaftar mohon kemasukan.
 
14 Bilakah sesi kemasukan bagi pelajar baru?
Kolej IKIP menyediakan 2 sesi kemasukan iaitu pada bulan JUN/JULAI iaitu sesi pertama dan sesi kemasukan kedua pada bulan DISEMBER.