Pertandingan Berbalas Pantun Terbuka Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 30 Jun 2007 hingga 1 Julai 2007 di Auditorium Taman Budaya Negeri Pahang telah menyaksikan kumpulan pemantun Kolej IKIP berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sijil penghargaan serta wang tunai RM800 yang telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang, Encik Mohd Sukarno b. Abdul Wahab. Pemantun Kolej IKIP terdiri dari Abdul Yazid Azmi, Nora
Azida Yahya, Roziana Yaacob dan Noor Afedi Misbah selaku pengurus
pasukan.
Johan telah dimenangi oleh pasukan dari Malaysia Airlines System (MAS) dan Naib Johan dari Kolej Kejururawatan Kuantan manakala tempat keempat dari Kolej Islam Pahang (KIPSAS). Masing-masing turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai.
Tahniah dan syabas kepada semua pemantun IKIP yang telah berjaya membawa nama kolej setanding dengan organisasi lain. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
|